Biar Ku Sendiri

Biar ku sendiri,
biarkan aku menjauhkan diri
aku harap kau mengerti
bukan aku tak sudi
Biarlah aku begini
Diri ini memang ganjil
Biarkan aku begini
Diri ini sangat degil
Aku tahu apa maksudmu
aku mengerti kehendakmu
Tapi aku tak mampu
dan juga tidak mahu
Bukan aku berlagak,
malah bukan lawak,
Tapi hakikatnya tetap sama
Aku tak ingin bersama
Biar ku sendiri
biarkan aku menjauhkan diri
aku harap kau mengerti
apa didalam hati ini…
Nota Kaki : Tidak ditujukan kepada sesiapa sekadar memanjangkan idea :)
Masa: 1.30 am 14 Sept 2003
Tempat: Sudut Gelap Dalam Bilik
Status Mental : Mengantuk!

Related posts:

  1. sepi tanpa mu
  2. Lembu Di Hujung Tali
  3. Bidadari
This entry was posted in Poems. Bookmark the permalink.

4 Responses to Biar Ku Sendiri

  1. amran says:

    saudara
    bersendiri
    berkhalwat
    berfikirlah sewaktu engkau masuk kedalam diri anda,
    gunakanlah masa itu untuk bersama denganNya,
    dekatilahNya,
    kata katakanlah apa yang mengganggu diri anda,
    Moga diberi hidayah dan petunjuk.
    yakinilah,
    walau dalam kesendirian,
    engkau bukan bersendiri.

  2. uyet says:

    mengantuk my man? :-D great poem man :)

  3. karlbum says:

    Sajak ini sangat sesuai dibacakan kepada awek/pakwe sewaktu mintak clash :-P

  4. nette says:

    hehe… poem yg sungguh straightforward…
    (kalo org yg dpt poem ni tak paham gak tatau la)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>